PKPB: 30 individu cuba masuk Kelantan diarah berpatah balik

oleh SALINA JALIL|
Seramai 30 individu yang cuba memasuki Kelantan diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kelulusan daripada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata kesemua mereka diarah berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Puteh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tidak sampai 24 jam SJR dilakukan, sudah 30 individu diarah berpatah balik kerana tiada surat polis.

 

"Kesemua mereka daripada Terengganu dan selepas mendapati tiada surat polis, kita terpaksa mengarahkan mereka berpatah balik," katanya ketika dihubungi.

 

Shafien berkata, manakala dua SJR lagi iaitu di Jeli dan Gua Musang, kesemua pemandu dari luar negeri mematuhi arahan dan mempunyai surat kebenaran.

 

"Kita akan memperketat kawalan SJR di empat lokasi dan hanya membenarkan individu yang mempunyai surat kebenaran sahaja yang boleh keluar masuk ke Kelantan.

 

"Patuhilah SOP yang ditetapkan dan jangan sesekali cuba merentas negeri tanpa mempunyai surat kebenaran," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…