PKPB 2: Alasan remeh masih wujud untuk rentas negeri

oleh HEZERI SAMSURI|
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata pihak beliau masih menerima beberapa alasan remeh untuk merentas negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, polis Gombak telah meluluskan lebih dari 90 peratus permohonan merentas negeri yang diterima..

Pihak polis Gombak menerima 1,587 permohonan dan hanya 32 yang ditolak atas alasan remeh seperti mahu bercuti, mahu menghadiri majlis perkahwinan dan mahu menghantar anak pulang ke kampung.

Alasan-alasan yang diterima ialah tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan dan keperluan lain yang dilihat penting.

Arifai mengingatkan bahawa mana-mana individu yang ingkar arahan PKPB boleh diambil tindakan termasuk dikompaun mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…