PKP3 bakal diumumkan hari ini - bazar ramadan dan sekolah ditutup, dilarang makan di restoran

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Perintah Kawalan Pergerakan akan dikaji semula, terutama di negeri-negeri di mana ada peningkatan bilangan kes Covid-19.

Semakan semula tersebut dilihat perlu untuk menyekat pandemik itu dari terus merebak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kita bukan sahaja perlu menghentikan pandemik ini dari merebak di dalam negara, tetapi di seluruh dunia," ujar beliau.

Premis-premis yang dilawati oleh ramai pengunjung dan terbukti menyebabkan bilangan jangkitan Covid-19 tinggi akan diminta untuk ditutup.

Pihak kerajaan telah menggunakan sistem amaran Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk mengenal pasti kawasan-kawasan dan premis-premis yang mempunyai risiko tinggi untuk menyebarkan penyakit itu.

"Pemerhatian harian dilakukan setiap hari menggunakan sistem amaran tersebut," ujar Muhyiddin.

 

 

Akhbar The Star pula menyatakan bahawa sumber informasi media tersebut memberitahu pengumuman PKP 3 akan diadakan hari ini.

Sumber tersebut seterusnya berkongsi bahawa pihak kerajaan terpaksa berhati-hati kerana tidak mahu memberikan impak besar terhadap perayaan Aidilfitri dan juga kerana banyak bazar ramadan sudah dibenarkan beroperasi sekarang.

Namun begitu, bazar ramadan di negeri-negeri di bawah PKP akan ditutup, kecuali di kawasan barat daya Pulau Pinang.

Satu lagi sumber The Star berkata walaupun keputusan PKP telah dilakukan, aktiviti ekonomi akan diteruskan, cuma mereka yang boleh bekerja di rumah adalah digalakkan.

Sekolah-sekolah di negeri-negeri di bawah PKP akan ditutup kerana wujudnya banyak kluster pendidikan.

"Ini tidak menjadi masalah besar kerana cuma ada lagi lima hari sebelum sekolah ditutup untuk sambutan Hari Raya, dan kemudian disambung dengan pendidikan atas talian selama lagi dua minggu," ujarnya.

"Balik kampung untuk Hari Raya memang tidak akan dibenarkan, dan kemungkinan besar sambutan Hari Raya tahun ini sama seperti tahun lalu juga," terang sumber tersebut.

* Laporan penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…