PKP: Wanita maki polis ‘Hoi stupid idiots!’ ditahan!

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang wanita menjerit dan memaki anggota polis dengan makian “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”, mengundang padah apabila dia ditahan.

Wanita tersebut memaki ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekaran jalan raya Op Covid di Persiaaran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara pagi tadi.


Wanita berusia 30-an berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana bengang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan tentera di lokasi itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Malah, wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan, Proton X70 putih turut membunyikan hon hampir 30 minit ketika cuba mencari jalan keluar daripada kesesakan ke rumahnya yang terletak berhampiran.

 

Difahamkan wanita itu kemudian menghampiri anggota polis untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.

 

Anggota polis kemudian menahan wanita itu dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya akan memperbanyakkan jumlah sekatan jalan raya di sekitar daerah ini bagi meningkatkan tahap kepatuhan orang ramai sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

“Setakat ini ada 11 sekatan jalan raya dilakukan dan empat jalan jalan ditutup di daerah ini. Kami sedang mengkaji laluan utama orang ramai dan akan meningkatkan jumlah sekatan jalan raya dari semasa ke semasa.

 

“Ini kerana masih ada individu yang keluar rumah tanpa alasan yang munasabah,” katanya ketika ditemui ketika meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian, hari ini.

 

Menurutnya, seramai 89 individu ditahan kerana mengingkari arahan PKP di daerah ini sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

 

“Orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mematuhi arahan yang dikeluarkan polis serta kerajaan,” katanya.

 

Kami kongsikan video dari MG TV tersebut di sini:

 

 

Sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…