PKP: TC Subaru mulakan operasi di pusat servis terpilih

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru Sdn Bhd telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memulakan semula operasi di beberapa buah pusat servis ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula 27 April 2020, berikut merupakan sebahagian daripada pusat servis Subaru yang dibenarkan beroperasi:

  • Motor Image Petaling Jaya: 9.00 pagi-3.00 petang
  • Motor Image Cheras: 9.00 pagi-3.00 petang
  • Motor Image Bukit Mertajam: 8.30 pagi-1.30 tengah hari
  • Motor Image Georgetown: 8.30 pagi-1.30 tengah hari

Beberapa pengedar Subaru juga turut menerima kelulusan untuk beroperasi seperti berikut:

  • Subaru Setapak (Karrus Automotive) - 10.00 pagi-3.00 petang
  • Subaru Putrajaya (SS Auto Venture) - 9.00 pagi-4.00 petang
  • Subaru Old Klang Road (AAW Nexus) - 9.00 pagi-6.00 petang
  • Subaru Sungai Besi (AAW Nexus) - 8.30 pagi-5.00 petang
  • Subaru Alor Setar (Gem Utara) - 9.00 pagi-2.00 petang
  • Subaru Sungai Petani (Gem Utara) - 9.00 pagi-2.00 petang
  • Subaru Butterworth (Gembira Auto) - 9.00 pagi-2.00 petang
  • Subaru Bayan Lepas (Gembira Auto) - 9.00 pagi-2.00 petang
  • Subaru Cheng (AJ Premium Motors) - 9.30 pagi-4.00 petang
  • Subaru Muar (AJ Premium Motors) - 9.30 pagi-4.00 petang
  • SUbaru Kluang (AJ Premium Motors) - 9.30 pagi-4.00 petang
  • Subaru Puchong (SV Prestige) - 9.00 pagi-4.00 petang

 


Senarai penuh pusat servis yang dibenarkan beroperasi boleh dirujuk menerusi pautan di bawah:

https://www.subaru.asia/my/en/news/191/subaru-resumes-operations-at-selected-service-centres-around-malaysia

Bagi para pelanggan Subaru yang mengalami kecemasan boleh menghubungi Subaru Careline di 1-800-22-9898 atau 012-536 0080.

TC Subaru juga turut melanjutkan tempoh waranti kenderaan yang tamat tempoh ketika PKP sehingga 60 hari atau 1,000 km yang mana terdahulu.

Selain daripada itu, TC Subaru juga masih meneruskan kempen Online Booking bagi model Subaru XV atau Subaru Forester dengan bayaran tempahan serendah RM188 sahaja.

Para pelanggan yang berminat hanya perlu mengisi borang tempahan di alamat: https://onlinebooking.subaru.asia/xv dan https://onlinebooking.subaru.asia/forester. Satu kod unik akan dihantar menerusi emel setelah permohonan tersebut berjaya diterima sistem, dan wakil penjual Subaru akan menghubungi pelanggan untuk proses pendaftaran dan pembelian kenderaan baharu.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiada perubahan dari segi mekanikal, bermakna Subaru Forester 2023 facelift ini masih lagi…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…
Berita Domestik
Menurut Eugene Tan, pengurus negara di TC Subaru Sdn B hd menjelaskan, "kami mahu membantu mana-…