PKP : TAKTIK EDAR DADAH BERALIH KEPADA KENDERAAN BESAR

oleh Penyumbang Rencana 2|
SINDIKET pengedaran dadah dikesan mengubah taktik untuk menyeludup bahan terlarang itu ke negeri lain dengan menggunakan kenderaan lebih besar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua (2.0).

Timbalan Pengarah 1, Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Zainuddin Ahmad berkata, tokan-tokan dadah dikesan masih aktif namun tidak lagi menggunakan khidmat penghantar makanan bermotosikal untuk menghantar bekalan kepada pembeli.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

“Semasa PKP fasa pertama kita kesan tokan-tokan dadah ni banyak menggunakan motosikal, tetapi dalam fasa kedua mereka ubah taktik menggunakan kenderaan yang besar pula.

“Kenderaan besar seperti lori dan kereta diubahsuai dengan ada ruang khas untuk menyembunyikan dadah. Tujuan dia untuk mengelakkan daripada pemeriksaan sekatan jalan raya,” katanya.

selain motosikal kereta jenis ini turut menjadi taktik pengedaran

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat dan memantau sekatan jalan raya (SJR) pada program Jeneral Turun Padang di SJR Stesen Bas Tanjung Malim hari ini.

Ujar DCP Zainuddin, khidmat penghantar makanan bermotosikal dikesan hanya digunakan untuk menghantar bekalan dadah dalam kuantiti yang kecil ke daerah-daerah dan kebanyakan aktif di sekitar Lembah Klang.

Tegas beliau, polis memandang serius isu tersebut dengan meletakkan Unit Anjing Pengesan (K9) di SJR di negeri-negeri dengan bilangan kenderaan tinggi seperti Perak, Pulau Pinang, Johor dan Selangor untuk mengesan dadah.

antara kenderaan bersaiz besar yang diperiksa ketika melalui sjr

Selain itu ujar DCP Zainuddin, tangkapan serta rampasan juga sentiasa dilakukan di parti-parti persendirian yang didapati terdapat penyalahgunaan dadah.

Katanya, polis akan sentiasa memantau dan masyarakat yang mempunyai maklumat melalui penyeludupan dadah diseru memaklumkan kepada balai-balai polis berhampiran supaya tindakan boleh diambil ketika SJR.

 

 

Artikel oleh: Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan lelaki itu yang boleh…
Berita Domestik
Katanya, polis turut menahan dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki mengikut Seksyen…
Berita Domestik
Penahanan reman terhadap suspek lelaki yang berusia 25 tahun itu bagi membolehkan siasatan…