PKP: SOP Pergerakan setiap zon (hijau, kuning, merah) akan diperkenalkan

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) khusus melibatkan kawasan-kawasan terjejas akibat COVID-19 di zon merah, kuning dan hijau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diarahkan untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara tersebut.

SOP tersebut dijangka merangkumi arahan pergerakan keluar dan masuk ke kawasan zon tersebut.

"Sempadan-sempadan misalnya perlu dijaga sebab kita tidak mahu ada orang dari zon merah memasuki zon hijau... sejauh mana kebenaran kita boleh berikan, kalau kita nak beri kelonggaran misalnya... sejauh mana kelonggaran tersebut boleh diberi.

"Jadi, sebab itu kita telah mengarahkan MKN untuk berbincang dengan KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mereka mengeluarkan SOP khusus tentang tiga zon tersebut," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan akan mempertimbangkan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih awal di kawasan zon hijau termasuk di Perlis.

Semalam, KKM memaklumkan Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau COVID-19 kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu.
 
Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…