PKP - Seorang lelaki ditahan kerana sorok isteri dalam but kereta

oleh Mohamad Hanif|
Bukan sahaja di Malaysia, malah beberapa negara di seluruh dunia turut melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di United Kingdom (UK), seorang pemandu telah ditahan pasukan polis kerana sanggup menyorokkan isteri di dalam but kereta bagi mengelak dikesan pihak polis.

Menurut informasi daripada pasukan polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu sejauh 200 kilometer semata-mata untuk mengambil barangan yang dibeli menerusi pembelian dalam talian.

Disebabkan barangan yang diambil itu terlalu besar, ia memaksa isteri pemandu tersebut supaya baring di dalam but sepanjang perjalanan sebelum ditahan pihak berkuasa.

Lelaki itu akhirnya disaman atas kesalahan melanggar arahan kerajaan melakukan perjalanan yang tidak penting.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…