PKP: Polis Hulu Selangor adakan sekatan jalan raya di lima plaza tol

oleh Mohamad Hanif|
Polis Hulu Selangor akan mengadakan tujuh sekatan jalan raya terkini dan lima jalan ditutup bagi meneruskan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula hari ini hingga 28 April depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata sekatan jalan raya selama 24 jam itu membabitkan lima plaza tol iaitu di Tanjung Malim, Lembah Beringin, Sungai Buaya, Bukit Tagar dan Bukit Beruntung.

Katanya, dua lagi jalan terbabit adalah di Kilometer 4 Jalan Ulu Yam – Sungai Tua dan Kilometer 34 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur.

”Manakala lima jalan akan ditutup kepada pengguna adalah Jalan Utama Persiaran Kemboja, Jalan Kemboja 4A, Jalan Seroja 3A dan Jalan Kasturi di Bukit Beruntung.

”Jalan alternatif yang boleh digunakan pengguna adalah Jalan Utama Lingkaran Kemboja di Taman Kemboja dan Jalan Utama Seroja, Taman Seroja. Keduanya di Bukit Beruntung,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, masyarakat dan pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan PKP yang ditetapkan serta sedia memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang tempoh ditetapkan itu demi kebaikan bersama.

Katanya, sebarang pertanyaan berkaitan arahan PKP di Hulu Selangor, pengguna bolehlah menghubungi talian hotline COVID-19 Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor di 03-60641222 pada bila-bila masa.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…