PKP: Polis guna dron pantau orang ramai di tiga lokasi tumpuan di Jitra

oleh SALINA JALIL|
Polis mula menggunakan dron di tiga lokasi tumpuan orang ramai di Jitra, dalam usaha memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi masyarakat.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata dron diguna di pasar awam Ayer Hitam, Changlun dan Jitra mulai, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, hasil pemantauan menggunakan dron mendapati, orang awam semakin berdisiplin dan mematuhi jarak sosial ditetapkan ketika berurusan di luar rumah.

 

“Malah tangkapan ingkar PKP juga menunjukkan penurunan apabila hanya 55 individu ditahan di daerah ini sehingga semalam.

 

“Hasil tinjauan di beberapa kawasan juga mendapati, tidak banyak pergerakan berlaku di kawasan tumpuan seperti sebelum ini, malah orang awam terus pulang selepas selesai urusan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Bagaimanapun, Mohd Ismail berkata, kawalan anggotanya diteruskan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan ketika PKP ini selain kawalan sekatan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…