PKP - PLUS rugi RM400 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan dahulu menyebabkan syarikat pemegang konsesi lebuhraya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) rugi kira-kira RM400 juta.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata jumlah kenderaan yang melalui lebuhraya-lebuhraya di bawah kendalian mereka jatuh sehingga 90 peratus, iaitu dari 1.7 juta unit sehari kepada 170,000 sahaja dalam tempoh tersebut.

"Ia kemudian meningkat semula selepas kerajaan mengumumkan pelonggaran merentas negeri," ujar beliau.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Namun begitu, jumlah RM400 juta itu tidak akan diperolehi semula dan akan memberikan kesan langsung kepada syarikat dan pekerja," tambah Azman lagi sewaktu program Bual Eksekutif: Leadership in Steering Organisation Across Turbulent Time Towards Recovery From COVID-19 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka semalam.

Jumlah kenderaan kini meningkat kepada 1.5 juta buah sehari dan dijangka akan terus meningkat sekiranya kerajaan membuka pintu sempadan Malaysia-Singapura.

Sebelum PKP vs semasa PKP dilaksanakan


Azman turut menerangkan pihak PLUS telah membuat banyak keputusan penting untuk mengelak impak besar kepada operasi lebuhraya dan juga kebajikan pekerja.

Antaranya ialah tiada lagi penganjuran program atau sambutan hari raya, tiada pakaian seragam baharu dan juga kenaikan gaji.

"Kami tidak akan memotong gaji pekerja dan kami akan pastikan kira-kira 3,800 pekerja kami akan terus dapat bekerja dalam situasi getir ini," sambungnya lagi.

Walaupun berdepan dengan susasana ekonomi yang muram, PLUS masih menyalurkan bantuan sebanyak RM1.2 juta kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Pekerja-pekerja PLUS juga turut membuat kutipan berjumlah RM128,000 untuk disumbangkan dalam bentuk fasiliti perubatan kepada tujuh buah hospital di sepanjang lebuh raya PLUS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…