PKP - Perbaharui insurans motosikal di JomCover.my

oleh Mohamad Hanif|
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020, orang ramai diberikan kelonggaran untuk memperbaharui perlindungan insurans menerusi portal dalam talian MyEG atau MySikap, seperti yang dilaporkan oleh The Star.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluaran cukai jalan telah dihentikan buat sementara waktu sepanjang tempoh PKP, namun menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), perlindungan insurans masih tetap berjalan seperti biasa walaupun tanpa cukai jalan dan lesen yang sah.

Untuk para pemilik motosikal, Finologi Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa proses pembaharuan insurans motosikal tidak boleh dilakukan menerusi platform di atas.

Sebaliknya, pemilik motosikal boleh berbuat demikian menerusi JomCover.my sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan risiko atas jalan, terutama terhadap pekerja penghantar makanan.

Menerusi platform ini, JomCover.my menawarkan pembaharuan insurans motosikal dan kereta dalam talian, dan pengguna hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan sebelum membanding bezakan harga insurans yang diinginkan.

Nota perlindungan akan dihantar segara selepas pembayaran dibuat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://jomcover.my

 

Berita Berkenaan

Informasi
Pakej tersebut merangkumi PerlindunganKu Allianz4All untuk perlindungan Kemalangan Diri dan Allianz…