PKP - Penerbangan domestik AirAsia kekal beroperasi

oleh SALINA JALIL|
AirAsia Bhd mengumumkan bahawa perkhidmatan penerbangan domestiknya kekal beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 hingga 26 Januari ini.


Dalam kenyataan hari ini, AirAsia berkata untuk perjalanan penting dalam tempoh ini, tetamu mesti mendapatkan kebenaran sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas dan perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari yang tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih perubahan tarikh penerbangan tanpa had.

 

 

"Perubahan boleh dibuat ke atas mana-mana tarikh penerbangan baharu sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk," katanya.

 

 

Sementara itu, AirAsia berkata, tetamu yang terjejas dengan pembatalan penerbangan semasa PKP akan dimaklumkan melalui emel dan/atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka.

 

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…