PKP: Lapan jalan ke pekan Kajang akan ditutup bermula tengah malam hari ini

oleh SALINA JALIL|
Lapan laluan ke pekan Kajang akan dikenakan penutupan kekal bagi tempoh 24 jam berkuat kuasa bermula 12 tengah malam, Rabu ini hingga 14 April nanti.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, antara laluan terbabit penutupan berkenaan adalah Jalan Sungai Chua ke Terowong Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kajang, Jalan Reko ke Stesen Trasit Aliran Massa (MRT) Kajang, Jalan Cheras ke Jalan Timur (berhampiran Masjid Jamek Kajang) dan Jalan Semenyih ke Jalan Low Ti Kok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kata beliau lagi, selain itu, susur ke Jalan TTDI Grove 2/1 dari arah Persiaran Saujana Impian serta Jalan TTDI Grove 1/1, Persiaran Saujana Impian ke Jalan Melor 1, Jalan Sungai Kantan dari arah Desa Jenaris serta dari arah Persiaran Saujana Impian dan laluan sempadan Bandar Seri Putra ke Nilai 3, Negeri Sembilan turut ditutup.

 

“Laluan alternatif ke Pekan Kajang adalah melalui dari arah Persiaran Saujana Impian dan Lebuhraya Grand Saga adalah melalui Jalan Cheras ke Kajang, manakala dari arah Sungai Chua melalui Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)Bke Lebuhraya Grand Saga ke Jalan Cheras Kajang.

 

“Bagi Jalan Reko pula melalui Lebuhraya SILK, Jalan Bukit ke Pekan Kajang, Jalan Low Ti Kok, Jalan Timur melalui Jalan Cempaka Kuning, Cempaka Putih ke pekan itu.

 

map

 

Laluan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Mahkamah Kajang, MPKJ dan Kajang Plaza Medical Centre adalah melalui Jalan Timur dan Cempaka Kuning,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya juga akan melakukan tambahan tiga sekatan jalan raya di Kilometer 1 Lebuhraya Besraya menghala ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Sungai Ramal Dalam yang menghala ke Putrajaya dan Jalan Cheras Batu 14 di hadapan KPJ Kajang menghala ke Kajang.

 

“Setakat ini, terdapat tujuh sekatan jalan raya iaitu di Lebuhraya Grand Saga menghala ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Kajang, Plaza Tol Bangi, Plaza Tol Bandar Sri Putra, Plaza Tol Kajang Selatan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) selain Batu 21 dan Batu 24 Sungai Lui Hulu Langat yang juga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

“Tindakan penutupan lapan laluan secara kekal dan pertambahan sekatan jalan raya dilakukan ini bertujuan untuk menghadkan perjalanan orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 bagi membendung penularan Covid-19.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…