PKP: KADAR KESALAHAN PENGGUNA LEBUH RAYA MENURUN 97 PERATUS

oleh Penyumbang Rencana 2|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

KADAR kesalahan pengguna lebuh raya menurun sehingga 97 peratus tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan sejak Mac lalu.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, jumlah yang direkodkan sehingga Ogos lalu itu menunjukkan perbezaan sebanyak 1,068 kesalahan berbanding tahun lalu dengan 2,164 kesalahan. 

“Penurunan kesalahan di lebuh raya ini ada dua faktor. Pertamanya adalah pengurangan penggunaan jalan raya disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

memeriksa kenderaan peronda jpj

“Faktor kedua pula keberkesanan tindakan JPJ seperti melalui kekerapan aktiviti rondaan dan sebagainya. Justeru semua pengguna lebuh raya peka terhadap penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Ujar Shaharuddin, kesalahan lebih muatan mencatatkan penurunan tertinggi sebanyak 171 peratus iaitu 987 kesalahan tahun lalu kepada 364 kesalahan tahun ini diikuti memandu di lorong kecemasan dan muatan bahaya masing-masing dengan 339 dan 263 kesalahan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasa Lebuhraya) (UPLR) Di Bangunan Plaza Tol Lama Jelapang di Ipoh hari ini.

Terdahulu, JPJ dan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalankan inisiatif dan memperkukuh kerjasama strategik melibatkan operasi dan pelaksanaan penguatkuasaan dalam meningkatkan aspek keselamatan di lebuh raya.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid / Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku. Betapa seriusnya isu ini. Daripada jumlah…
Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…