PKP: Hyundai Malaysia tawar subsidi kepada pengedar, perunding jualan

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai menyahut seruan Perdana Menteri dalam memastikan kebajikan para pekerja terpelihara, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menawarkan subsidi kepada para pengedar dan perunding jualan bagi mengurangkan beban kewangan yang terpaksa dihadapi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula April sehingga Jun 2020, HSDM akan menawarkan Elaun Kerumitan bulanan khas kepada perunding jualan yang tertakluk kepada individu yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga bulan.

Bantuan ini akan diterima menerusi pusat pengedar masing-masing.

Sementara itu, rangkaian pengedar pula akan ditawarkan subsidi kewangan bagi tujuan pemasaran dalam talian, serta pembelian cecair pembasmi kuman, disinfektan dan termometer untuk kegunaan di pusat jualan dan servis.

Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM berkata, "kami amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh para pengedar dan konsultan jualan, dan berharap bantuan subsidi ini mampu meringankan beban kewangan yang dihadapi.

Selain daripada itu, HSDM juga turut merangka beberapa langkah keselamatan dan kesihatan di kesemua pusat jualan dan servis seperti:

  • menjalankan pemeriksaan suhu kepada semua pengunjung dan staff
  • penyediaan sanitasi tangan di kesemua pusat tumpuan pelanggan seperti kaunter penyambut tetamu, tandas dan kawasan rundingan serta jualan
  • menjalankan disinfektasi secara berkala, terutama di kawasan yang menerima kunjungan pelanggan
  • menjalankan disinfektasi kepada setiap kenderaan termasuklah kenderaan pameran, kereta demo, kereta baharu serta kereta yang perlu dibaik pulih
  • mempromosikan amalan kebersihan yang baik menerusi poster dan risalah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…