PKP: Festival Toyota Gazoo Racing ditangguh, sokongan lepas jualan UMW Toyota masih tersedia

oleh Mohamad Hanif|
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan semenjak 1 Jun yang lalu memberikan kesan bukan sekadar terhadap aspek perniagaan dan rantaian bekalan, malah ia turut melibatkan acara sukan permotoran tahunan Toyota Gazoo Racing Festival.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan situasi pandemik, penganjuran acara tahun keempat TGR Festival terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

"Ketika kami menganjurkan pusingan pertama di Litar Sepang pada 2 Mac lalu, kami tidak sabar untuk membawakan pusingan kedua yang merangkap pengenalan Gazoo Racing Vios Sprint Cup dan Gazoo Racing Enduro Cup," jelas Akio Takeyama, Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia.

"Agak kurang bernasib baik, situasi pandemik dan PKP pada ketika ini tidak membolehkan penganjuran acara umum secara terbuka, termasuk sukan permotoran. Disebabkan itu, musim keempat Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge terpaksa ditangguhkan," tambahnya lagi.

 


Kesan pelaksanaan PKP turut memberikan impak tersendiri kepada operasi pusat pameran, pengeluaran kenderaan, rantaian bekalan dan logistik.

Tambah Akio Takeyama lagi, "walaupun kerajaan merangka pelan pemulihan negara (PPN) dalam empat fasa, kita masih berada dalam Fasa 1 yang tidak membolehkan perancangan pemulihan berjalan mudah.

"Tambahan pula, perniagaan eksport turut terkesan memandangkan anak syarikat kami terlibat mengeksport dalam jumlah yang besar, dengan komponen automotif sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota.

"Jika situasi ini berlarutan, kami khuatir pelanggan kami di negara luara akan mencari pembekal lain, memandangkan mereka tidak boleh menangguhkan pengeluaran hanya kerana gangguan bekalan dari Malaysia.

Menurut Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor berkata, "kami berharap agar larangan pergerakan dapat dilonggarkan untuk membolehkan kami beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat,  selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti tahun lalu.

 


Walaupun bilik pameran kekal ditutup, pelanggan boleh mendapatkan perincian berkaitan model-model Toyota dan Lexus menerusi laman web masing-masing (toyota.com.my atau lexus.com.my), selain mengetahui promosi dan pelan pembiayaan menarik.

UMW Toyota masih lagi menawarkan sokongan lepas jualan terpilih bertujuan untuk memastikan pemilik kenderaan mendapat bantuan sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan.

Para pelanggan Toyota dan Lexus boleh mendapatkan bantuan menerusi talian 1-800-888-247 (Toyota) dan 1-800-225-3897 (Lexus).

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sebelum ini, UMW Toyota Motor mengumumkan pusingan pembukaan bagi Musim Keempat Toyota Vios…
Sukan Bermotor
Sebagai lanjutan kepada kejayaan musim-musim sebelumnya, Musim Keempat nanti bakal terus diterajui…
Berita Domestik
  Beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang TGR untuk pusingan pembukaan Musim Ketiga yang akan…