PKP Fasa 2 - Polis Terengganu laksana sistem penggiliran nombor genap dan ganjil

oleh Mohamad Hanif|
Polis Terengganu telah memperketatkan lagi pergerakan kenderaan di atas jalan raya untuk kenderaan persendirian, dengan memperkenalkan Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mengikut sistem ini, angka terakhir nombor pendaftaran akan dijadikan panduan, sama ada nombor ganjil atau nombor genap. Pada 1 April 2020, HANYA kenderaan persendirian dengan angka nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi sebarang urusan, manakala yang bernombor genap akan dibenarkan bergerak seperti dalam gambar (rujuk gambar)
 
Jika didapati mana-mana kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak ini melalui mana-mana sekatan, akan diarahkan kembali ke rumah masing-masing.
 
Pendekatan ini terpaksa dibuat bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalanraya seolah-olah tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan, dan pelaksanaan arahan ini akan diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan.
 
 
 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Pada 28 dan 29 Januari lalu, jumlah kenderaan di LPT2 dikesan meningkat tiga kali ganda…