PKP: Ejek, melambai-lambai, menghimpit kereta polis, dua lelaki ditahan!

oleh SALINA JALIL|
Dua pemuda yang mengejek polis supaya mengejar mereka menerima padah selepas berjaya ditahan di Kampung Sungai Buaya, Dungun, hari ini.


Kedua-dua suspek berusia 21 tahun yang tinggal di Kampung Seberang Pintasan dan Jalan Sekolah Kebangsaan Pusat itu ditahan kira-kira 2.30 pagi.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu, sepasukan anggota polis sedang melakukan tugas rondaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Padang Jambu dan terserempak dengan kedua-dua suspek yang menaiki motosikal tanpa topi keledar dalam keadaan laju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, anggota mengarahkan mereka berhenti namun suspek memecut motosikal ke arah Jalan Nibong Stesen dalam keadaan melulu dan merbahaya untuk melepaskan diri.

 

“Ketika kenderaan polis cuba menghampiri motosikal suspek dan mengarahkan mereka berhenti, suspek dengan berani menghimpit kereta polis sehingga tercalar.

 

“Suspek yang membonceng motosikal mempersendakan anggota dengan melambai-lambai tangan supaya anggota polis terus mengejar mereka,” katanya.

 

Menurutnya, sebaik tiba di Jalan Sungai Buaya, anggota polis berjaya memintas kenderaan suspek dan menyekat motosikal itu.

 

“Ketika cuba ditahan, kedua-dua suspek melawan untuk melepaskan diri dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditangkap.

 

“Kedua-dua suspek bersama motosikal Honda EX5 itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Baharudin berkata, kedua-dua memberi alasan dari Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun dan baru pulang dari menangkap ikan.

 

“Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 

“Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta melanggar Peraturan 3(4) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan) 2020.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…