PKP: Dua lelaki ditahan cubaan edar dadah, rasuah polis

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan dua lelaki, yang bukan sahaja melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi disyaki turut menjalankan aktiviti mengedar dadah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, kedua-dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu cuba pula memberi rasuah RM5,000 kepada anggota polis bagi melepaskan mereka.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian 12.45 tengah hari tadi, kedua-dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal itu cuba mengelak daripada sekatan jalan raya di persimpangan Plaza Tol Chukai, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dengan berpatah balik ke arah Felda Seberang Tayor di sini.

Beliau berkata polis yang melihat kejadian itu kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahan kedua-dua mereka kira-kira tujuh kilometer daripada lokasi sekatan jalan raya berkenaan.

“Polis berjaya merampas dadah disyaki heroin, syabu dan pil kuda bernilai RM12,000 dan wang tunai berjumlah RM5,096,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Semasa PKP fasa pertama kita kesan tokan-tokan dadah ni banyak menggunakan motosikal, tetapi dalam…
Berita Global
Menerusi kerjasama jalinan Polis Kontinjen Johor dan Biro Anti Narkotik (CNB) Singapura, semua…