PKP: Dron PDRM pantau orang ramai di pasar Chow Kit

oleh SALINA JALIL|
Memasuki hari kesembilan pelaksanaan, Perintah Kawalan Pergerakan hari ini, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau pergerakan rakyat di sekitar ibu kota bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Lokasi liputan penggunaan dron pagi tadi ialah di Pasar Chow Kit, dekat sini dengan waktu operasi bermula jam 9.30 sehingga 11.00 pagi.

 

Dengan kekuatan seramai empat pegawai dan anggota PGU yang diketuai oleh ASP Mohd Yusof Abdul Rahman, mereka menggunakan Dron jenis Mavic 2 Zoom Enterprise bagi membuat pemantauan dan memberi amaran kepada masyarakat yang masih ingkar.

 

Selasa lalu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Affendi Buang TUDM melancarkan penggunaan dron sempena Op Covid-19, di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

 

PDRM setakat ini menggunakan enam dron yang dilengkapi alat teknologi pengesan haba dan pembesar suara bagi membantu kerajaan mengesan pergerakan individu secara meluas selain di kawasan yang sempit.

 

Hadir sama dalam pemantauan di Pasar Chow Kit tadi ialah Ketua Polis Balai Chow Kit, ASP Mohd Azmie Abd Rahim.

 

1st day

 

sumber: PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…