PKP Bersyarat: Senarai 23 Aktiviti yang Masih Tidak dibenarkan beroperasi

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 4 Mei 2020, Kerajaan akan mula membenarkan sektor ekonomi beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kebenaran ini tertakluk kepada persedian dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Berdasarkan justifikasi yang ditetapkan oleh KKM, berikut merupakan senarai aktiviti yang masih dilarang:

1.Hiburan dan Riadah
Panggung Wayang
Pusat Karoake
Taman Tema
Muzium
Busking

2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
Perarakan Keagamaan
Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari
raya akan di umumkan kelak)

3. Persidangangan dan Pameran
Pameran Kerjaya
Pameran Perkahwinan
Promosi dan Pakej Pelancongan
Karnival Jualan
Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan
Sukan semasa sesi persekolahan
Aktiviti kokurikulum bersemuka
Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

 


5. Sukan
Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
Segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium
Kolam renang
Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial
Kenduri – kendara
Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7. Pengangkutan
Kapal Persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
Bazar Ramadan
Bazar Hari Raya

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
Terima pelawat
Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
Aktiviti Fitting Pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

 


16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga diumumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan
Ekopelancongan Hutan
Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian
Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian
Hari Bertemu Pelanggan
Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
Pesta makan buah-buahan
Kursus/ Seminar
Konvokesyen Institut Pertanian
Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan
Aktiviti perikanan rekreasi
Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif
Penggambaran filem
Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam

22. Kebudayaan Dan Kesenian
Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan
Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan Buffet)

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak Careta telah menerima maklumat daripada sumber dalaman yang…
Berita Domestik
Tertuduh berlaku sedemikian selepas pegawai polis meminta pemuda berusia 29 tahun dari Pahang itu…
Hezeri Samsuri
1. Saya dikehendaki untuk membuat liputan khusus bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19 di…