PKP Bersyarat di Klang - MITI bakal keluarkan kenyataan esok

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan laporan terkini berkenaan kes COVID-19, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga daerah di Sabah, serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, pihak Careta telah menerima maklumat daripada sumber dalaman yang mengesahkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membentangkan hasil perbincangan berkenaan jenis perkhidmatan perlu (essential service) yang terlibat di kawasan tersebut, esok (08/10/2020).

Ini kerana MITI telah menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak berkenaan industri mana yang bakal dibenarkan beroperasi, serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh PKP Bersyarat berlangsung.

Pihak MITI juga melarang orang ramai daripada membuat sebarang kenyataan palsu atau menyebarkan informasi yang tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

 

gambar hiasan: Bernama


Berdasarkan laporan daripada Astro Awani, prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
• Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.
• Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 6 petang.
• Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu,
penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
• Waktu operasi stesen minyak antara 6 pagi hingga 6 petang sahaja.
• Operasi pasar harian adalah antara hingga 6 pagi hingga 2 petang sahaja.
• Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
• Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6 pagi hingga 6 petang sahaja.
• Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
• Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja.
• Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
• Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
• Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
• Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
• Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.
• Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.
• Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tertuduh berlaku sedemikian selepas pegawai polis meminta pemuda berusia 29 tahun dari Pahang itu…
Hezeri Samsuri
1. Saya dikehendaki untuk membuat liputan khusus bagi membantu mengurangkan risiko COVID-19 di…
Berita Domestik
Kebenaran ini tertakluk kepada persedian dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk…