PKP 3.0: Toyota Malaysia henti sementara operasi pengilangan, penjualan

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor menghentikan sepentara operasi pengilangan dan penjualannya di seluruh negara demi menyokong penuh usaha pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh bermula 1 Jun yang lalu bagi mengekang pandemik daripada terus berlarutan.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "tempoh beberapa minggu ini adalah satu tempoh yang mencabar buat kita semua, namun kami di Toyota dan Lexus akan tetap bersama anda dalam mengekang pandemik ini.

Walaupun tidak beroperasi, UMW Toyota tetap akan memberikan sokongan kepada pelanggan sekiranya kenderaan mereka rosak, atau berada dalam situasi kecemasan.

Ujar Ravindran lagi, UMW Toyota turut melanjutkan tempoh jaminan sah sedia ada yang tamat tempoh sepanjang PKP ini selama 30 hari, yang akan dikira bermula dari hari terakhir PKP ditamatkan.

Meskipun menghadapi situasi yang mencabar, UMW Toyota berjaya mencatatkan corak peningkatan penjualan yang positif, dengan 7,595 unit kenderaan berjaya dijual sepanjang Mei 2021, atau peningkatan 120 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
 


Jumlah tersebut dipacu oleh model-model seperti Vios sedan (32 peratus), diikuti Yaris (25 peratus) dan trak pikap Hilux yang merangkumi 21 peratus daripada jumlah jualan bulan Mei 2021.

Selain daripada petunjuk jelas keyakinan pembeli terhadap jenama itu, ia juga jelas menunjukkan pembeli mula memanfaatkan penjimatan tambahan daripada pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Dalam pada itu, UMW Toyota Motor menggalakkan semua orang untuk berada di rumah, kekal selamat dan menjaga keselamatan antara satu sama lain, di mana segala sokongan, sekiranya diperlukan, akan disediakan sepanjang tempoh ini.

"Kepada seluruh pertugas kesihatan kita dan kepada mereka yang menjaga keamanan dalam apa cara sekali pun, kami berhutang dengan anda dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang telah diberikan. Kami ingin menzahirkan jutaan terima kasih kepada anda semua," jelas Ravindran K.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kami menyambut baik keputusan MKN menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam…
Berita Domestik
  “Wanita itu bergerak dari rumahnya di Taman Rembia Utama, yang berada di Alor Gajah, ke pasar…
Informasi
  Bagaimanapun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan kepada aktiviti…