PKP 3.0 - Premis makanan R&R PLUS dibuka dari 8 pagi - 8 malam sahaja

oleh SALINA JALIL|
Premis makanan dan minuman di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dibuka dan beroperasi mulai pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam untuk pembelian secara bungkusan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid dalam kenyataan pada Selasa berkata semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan pembersihan berjadual yang lebih kerap.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami menasihatkan pelanggan yang perlu melakukan perjalanan di lebuh raya untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya kita bersama-sama dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19,” katanya.

 


Maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya PLUS boleh diakses menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my atau laman media sosial PLUS. 

 

R&R SOP

 

 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…