PKP 3.0 - Lesen memandu, cukai jalan luput diberi kelonggaran untuk diperbaharui

oleh SALINA JALIL|
Semua urus niaga dan perkhidmatan yang disediakan di kaunter-kaunter agensi bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak dihentikan operasi sementara.


Menurut MOT, hanya urusan kenderaan perdagangan perkhidmatan perlu (essential services) yang memerlukan perjalanan rentas sempadan negara sahaja dibenarkan melalui temujanji.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Berikutan penutupan yang melibatkan JPJ, kelonggaran diberikan kepada pemilik Lesen Memandu (LM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 Jun sehingga 31 Julai 2021, dibenarkan memperbaharui LM, LKM dan PSV masing-masing dalam tempoh 60 hari iaitu bermula 1 Ogos hingga 30 September 2021.

 

“Seperti kelonggaran sebelum ini, pemilik LKM yang tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa,” ujar kenyataan MOT.

 

Manakala kaunter bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan adalah ditutup sementara, namun orang ramai boleh berurusan secara dalam talian menerusi e-auto atau MyEG. Untuk Kiosk JPJ pula, ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (kiosk dalam premis JPJ) dan 6 pagi – 8 malam (kiosk di luar premis) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Untuk perkhidmatan APAD dan LPKP pula, MOT memaklumkan pengecualian daripada memperbaharui lesen dan permit untuk Lesen Pengendali, Permit Kenderaan Perdagangan, Lesen Kenderaan Pelancongan dan Kad Pemandu. “Kesemua lesen dan permit yang dinyatakan di atas dibenarkan beroperasi walaupun telah tamat tempoh dengan syarat mempunyai perlindungan insurans yang sah,” jelas MOT.

 

Bagi Puspakom pula, tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan di agensi ini akan dilanjutkan mengikut baki selepas tamat tempoh PKP 3.0.

 

Dalam masa sama, MOT menggalakkan orang ramai supaya dapat berurusan dengan mana-mana agensi secara dalam talian untuk perkhidmatan yang berkaitan.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan sahih dengan melayari laman web serta laman media sosial rasmi agensi-agensi yang berkaitan untuk maklumat lebih lanjut.

 

 

sumber: MOT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…