PKP 2021 - MITI keluar garis panduan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi

oleh Mohamad Hanif|
Sehubungan dengan pengumuman pelaksanaan PKP bermula 13-26 Januari, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan garis panduan berkenaan sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lima sektor ekonomi perlu (essential economic sectors) termasuklah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdangangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh MITI, mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan pengkalan data MITI (COVID-19 Intelligent Management System, CIMS) tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP, sebaliknya hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan bermula hari ini, 12 Januari 2021 jam 3.00 petang.

Syarikat yang tertaklukdi bawah sektor pengilangan dan pembuatan yang masih belum berdaftar di bawah CIMS boleh berbuat demikian menerusi pautan https://notification.miti.gov.my/ bermula jam 3 petang, 12 Januari 2021.

Harus diingat bahawa pendaftaran ini hanyalah terpakai untuk syarikat di dalam sektor pengilangan dan pembuatan di bawah seliaan MITI.

Majikan juga bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran bagi membolehkan pergerakan pekerja sepanjang tempoh PKP.

 


Sementara pekerja syarikat yang diwajibkan berada di tempat kerja perlu membawa satu salinan surat notifikasi pengesahan beserta pas pekerja dan surat pengesahan majikan bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya.

Bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat, sementara jumlah pekerja kumpulan sokongan dan mereka yang terlibat secara langsung di dalam barisan produksi akan ditentukan oleh majikan masing-masing berdasarkan pematuhan SOP yang ketat.

Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahanb Bekerja Dari Rumah akan berkuatkuasa.

Berikut merupakan senarai perkhidmatan perlu yang digariskan oleh MITI.

A. Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa termasuk MRO;
2. Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif;
3. Makanan, minuman dan rantaiannya;
4. Pembungkusan dan percetakan;
5. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun,
pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk
rantaiannya;
6. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
7. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan
kebakaran;
8. Komponen untuk alat perubatan;
9. Elektrikal dan elektronik;
10. Minyak dan gas (Oil and Gas);
11. Petrokimia dan produk petrokimia;
12. Produk kimia;
13. Mesin dan peralatan;
14. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
15. Besi dan keluli;6
16. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
17. Sektor perabot; dan
18. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan
pengagihan bahan api dan pelincir.

B. Pembinaan

19. Pembinaan:
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan
penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja
yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
 

 


C. Perkhidmatan

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entitientiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara
Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau
dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.
22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT
dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);
23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace,
pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;7
24. Hotel dan penginapan;
25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk
perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji
pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang
makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan
ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan
ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup,
input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk
eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.
26. Utiliti (air dan tenaga);
27. Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/
jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk
penyenggaraan);
28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);
29. Keselamatan dan Pertahanan;
30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;
31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan
lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo,
pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran

32. Penggudangan dan Logistik;
33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman;
dan
34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.8

E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan
36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain - Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana
yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan
pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri
dan perniagaan itu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…
Berita Domestik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama…