PKP 2.0: Perkhidmatan RapidKL beroperasi seperti biasa

oleh Mohamad Hanif|
Semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, ini termasuk perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang; Rapid Kamunting di Taiping, Perak dan Rapid Kuantan di Pahang.

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel pula beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara 2.8 hingga tujuh minit bergantung kepada pada waktu puncaknya.

"Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan kelaziman baharu ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Para pengguna Rapid KL katanya, digalakkan menggunakan aplikasi kesihatan Pulse untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas. Aplikasi ini boleh dimuat-turun di Google Play dan Apple Store.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…
Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…