PKP 2.0 - Makan dalam kereta? Ini kata Ketua Polis PJ

oleh Mohamad Hanif|
Warga kota, khususnya di Petaling Jaya kini boleh menikmati juadah di restoran kegemaran masing-masing dengan syarat masih lagi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu temubual bersama Kool FM, beliau menjawab persoalan yang diutarakan oleh juruhebah berkenaan beberapa buah restoran yang mula menyediakan dan menghidangkan makanan di dalam kenderaan.

Ujar beliau lagi, perkara ini tidak menjadi masalah atau melanggar SOP selagi pelanggan duduk tetap di dalam kereta dan tidak melanggar syarat dua orang sahaja pada satu-satu masa di dalam kereta.

Temubual penuh boleh didengari menerusi pautan Twitter di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau…