PKP 2.0: Aktiviti pengilangan automotif tidak dibenarkan beroperasi!

oleh Mohamad Hanif|
Semalam, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan senarai aktiviti sektor ekonomi perlu dan dalam senarai tersebut aktiviti pengilangan automotif adalah tersenarai untuk dibenarkan beroperasi di negeri-negeri di bawah PKP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pagi tadi kami telah mendapat satu kemaskini terbaharu yang mengecualikan aktiviti pengilangan automotif daripada senarai tersebut.

Ini bermakna, untuk sektor ekonomi automotif, hanya pembaikan dan penyelenggaraan sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi, manakala aktiviti pengilangan pula tidak dibenarkan sama sekali.

Ini sekaligus memberikan kesan kepada kilang-kilang automotif yang terletak di bawah negeri yang dikenakan PKP seperti Melaka (Honda) dan Selangor (Proton, Perodua).

Pengecualian aktiviti pengilangan automotif ini adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.