PKP 2: Tunjuk surat kebenaran sebelum naik feri

oleh SALINA JALIL|
gambar dari HeadTopics
Perkhidmatan feri Langkawi - Kuala Kedah hanya membenarkan penumpang yang mempunyai surat kebenaran polis untuk menaiki pengangkutan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Ferry Line Ventures (Ferry Line) Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, perkhidmatan feri masih diteruskan, namun semua penumpang perlu ada surat kebenaran merentas daerah untuk menaikinya.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Katanya. sebelum ini hanya penumpang dari luar Kedah sahaja yang diwajibkan mengemukakan surat kebenaran itu.

 

"Sekiranya tiada (surat kebenaran polis), kita tak benarkan menaiki feri," katanya ketika dihubungi.

 

Menurutnya, jadual perjalanan feri kekal seperti tempoh PKP Bersyarat dengan satu 'trip' pergi dan balik pada setiap hari, manakala jumlah penumpang dijangka berkurangan hingga 40 ke 60 orang sahaja berbanding kapasiti asal feri iaitu 650 orang.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Informasi
  'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut…