PKP 2: Rakyat Sabah di Semenanjung dibenarkan balik

oleh SALINA JALIL|
Rakyat Sabah yang berada di Semenanjung masih dibenarkan merentas negeri jika mahu pulang ke negeri ini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Masidi Manjun berkata, mereka hanya perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, SOP yang sama turut diguna pakai untuk rakyat Sabah yang perlu ke Semenanjung untuk urusan kerja.

 

"Setakat ini, tiada larangan dikenakan untuk mereka yang mahu pulang ke Sabah, begitu juga mereka yang ingin ke Semenanjung atas urusan kerja, boleh berbuat demikian.

 

"Syaratnya, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum ini iaitu menjalani ujian saringan tiga hari sebelum bertolak dan mendapatkan kebenaran polis untuk merentas negeri," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam tadi.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri menerima aduan daripada rakyat Sabah yang ingin pulang dari Semenanjung tetapi terhalang disebabkan PKP.

 

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, beliau juga ada menerima pertanyaan yang sama daripada wakil rakyat dari Sabah yang kebetulan berada di Semenanjung.

 

"Mereka menghubungi saya sama ada masih boleh balik atau tidak kerana PKP dikuatkuasakan. Saya beritahu mereka tiada masalah, mereka boleh balik," katanya.

 

Mengenai jemaah Kabinet Sabah yang dijangkiti Covid-19, beliau berkata, setakat ini hanya seorang menteri dan dua pembantu menteri disahkan positif dan menjalani rawatan serta kuarantin.

 

"Setakat ini menteri hanya seorang iaitu Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, manakala pembantu menteri pula ialah Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik serta Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding.

 

"Menteri dan pembantu menteri yang lain semua sihat. Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor juga ada menyentuh perkara ini ketika mesyuarat Kabinet negeri siang tadi. Beliau mengingatkan supaya jemaah Kabinet mematuhi SOP bagi mengelak dijangkiti," katanya.

 

Dalam hal berkaitan, Masidi berkata, mesyuarat Kabinet Sabah hari ini turut membincangkan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan PKP di Sabah, terutama golongan B40.

 

Katanya, perkara itu akan diumumkan Ketua Menteri apabila tiba masanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai esok, jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan di kawasan…
Berita Domestik
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Belia dan Sukan…
Berita Domestik
Menurut DS Ismail Sabri, operasi sekolah memandu dan pusat latihan penerbangan kini dibenarkan…