PKP 2: Penghantar makanan perlu surat majikan atau kebenaran polis lalu sekatan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Penghantar makanan perlu mendapatkan surat pengesahan daripada majikan atau kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melalui sekatan jalan raya.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu sudah diputuskan hasil perbincangan pihaknya dengan PDRM.
Modenas

 

"Kita tahu tidak semua penghantar makanan adalah (bekerja dengan) syarikat popular yang besar. Di bandar kecil, banyak juga yang melantik individu atau syarikat buat penghantaran makanan.

 

"Kita bincang dengan PDRM iaitu majikan atau individu kena maklumkan kepada polis. Kalau ada majikan, kena keluarkan surat mengesahkan individu itu bekerja sebagai penghantar makanan, manakala secara individu boleh memohon dengan polis.

 

"Dengan surat daripada majikan dan kebenaran polis, mereka boleh melalui sekatan jalan raya dengan mudah," katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan.

 

 

 

Berita Harian

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam…
Informasi
  Menurutnya lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada yang mengambil kesempatan dengan melakukan…
Berita Domestik
  "Dalam video berdurasi 25 saat yang dirakamkan seorang pemandu kenderaan menunjukkan kereta…