Pirelli Cinturato Rosso kini di Malaysia, saiz 15-21 inci, dari RM250-RM1,500

oleh Mohamad Hanif|
Untuk mereka yang mahu mencari produk tayar yang bersesuaian untuk dipadankan pada sedan, MPV ataupun SUV mewah, Pirelli ada jawapannya menerusi pelancaran produk terbaharu Cinturato Rosso, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan adanya Cinturato Rosso, ia bertindak sebagai pelengkap kepada penawaran tayar-tayar Pirelli sedia ada (P1, P6, P7 Evo, Dragon Sport & Scorpion), selain mencakupi kategori tayar berprestasi tinggi dan prestasi ultra tinggi (UHP).

Cinturato Rosso boleh dipadankan pada kereta-kereta bersaiz kecil dan sederhana, termasuk SUV dan juga segmen MPV mewah yang ada di Malaysia.
 

Cinturato Rosso


Malah, Pirelli Cinturato Rosso juga turut menawarkan sehingga 67 saiz merangkumi rim bersaiz 15 hingga 21 inci, tahap kelebaran 195 mm hingga 295 mm, nisbah 30 - 65 peratus, serta penarafan kelajuan H, V, W dan Y.

Antara kelebihan yang ada pada produk tayar terbaharu Cinturato Rosso ini termasuklah prestasi brek yang lebih cemerlang di atas jalan basah dan kering, serta kehadiran pelbagai alur dengan kedalaman dan kelebaran berbeza untuk menyalurkan air keluar dengan lebih cepat dan mengurangkan kesan aquaplanning.
 

Cinturato


Jika dibandingkan dengan tayar Cinturato P1 yang terdahulu, Cinturato Rosso mampu menawarkan prestasi brek atas jalan basah sebanyak 10 peratus lebih baik dengan jarak pemberhentian yang lebih pendek dan masa respons yang jauh lebih pantas berdasarkan ujian prestasi brek kecemasan menggunakan Toyota Camry.

Pengendalian di atas jalan basah juga bertambah baik di mana pemandu lebih yakin untuk mengendalikan jentera terutama dalam situasi kecemasan.
 

Pirelli


Tahap keselesaan di dalam ruang kabin menjadi semakin baik berdasarkan ujian pemanduan di atas jalan raya sebenar menggunakan MPV Toyota Alphard melalui jalan raya di sekitar Litar Antarabangsa Sepang, di mana tahap kebisingan tayar adalah berada di tahap minimum dan kurang didengari dari dalam kabin.

Tayar terbaharu Pirelli Cinturato Rosso ini boleh didapati di kesemua pengedar sah Pirelli di seluruh negara dengan julat harga bermula dari RM250 hingga RM1,500.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selari dengan kemajuan teknologi, tayar kini bukanlah dilihat sebagai getah bulat yang membenarkan…
Sukan Bermotor
Pirelli bukan sahaja bertindak sebagai pembekal, malah organisasi itu turut bertanggungjawab…
Berita Domestik
Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar…