Pioneer SPH-10BT ubah peranti pintar anda jadi sistem infotainmen kereta

oleh Mohamad Hanif|
Kebelakangan ini, sudah menjadi trend di kalangan para pengeluar peranti pintar untuk hadir dengan spesifikasi yang serba besar, termasuklah dimensi, bilangan kamera dan kapasiti bateri yang besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya peranti pintar, sudah tentu kita sebagai pemilik akan menyumbatkan segala macam lagu-lagu MP3 dan video ke dalam storan sebagai hiburan. 

Malah, dengan sokongan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, anda boleh menikmati hiburan tersebut menerusi sistem multimedia kereta. 

Bagaimana pula sekiranya anda masih menggunakan kereta klasik yang masih memakai casis single-DIN?
 


Dipamerkan pada acara CES 2019, produk SPH-10BT daripada syarikat Pioneer ini mengintegrasikan peranti pintar moden anda menjadi sistem infotainmen di dalam kereta. 

Ia turut hadir dengan ciri pemegang peranti pintar yang mampu diubah kepada mod lanskap atau potrait, dan aplikasi Pioneer Smart Sync memudahkan lagi akses kepada ciri navigasi dan multimedia. 

Sistem antara muka yang mesra pengguna adalah mudah untuk dikonfigurasikan mengikut keperluan. 
 


Pihak Pioneer turut mendatangkan sensor undur ND-PS1 yang boleh dihubungkan kepada SPH-10BT ini. 

Dengan adanya sensor ini, pemandu akan menerima isyarat audio dan grafik interaktif yang menunjukkan jarak sebenar kenderaan daripada halangan. 

Produk SPH-10BT ini akan mula dijual di pasaran Amerika pada Februari ini dengan harga jualan sekitar $150 (RM614++). 

Berita Berkenaan

Informasi
Bermula pada Januari 1938, Nozomu Matsumoto, pengasas Pioneer membuka sebuah kedai membaiki radio…