Pintu tren terbuka ketika bergerak laju

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari Tik Tok
Satu klip video memaparkan tren Skytrain BTS Bangkok yang bergerak laju dalam keadaan sebuah pintunya terbuka luas mengejutkan netizen, lapor portal berita Thaiger pada Khamis.

Seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @star111042 berkongsi video itu dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berdiri atau bersandar pada pintu kereta api BTS baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video itu memaparkan seorang pekerja  kemudian memberitahu pengendali tren bahawa pintu itu terbuka semasa pengangkutan awam tersebut sedang bergerak sehingga tiba di Stesen Punnavithi.

Rakaman berakhir  dengan pemberitahuan dalam bahasa Thailand dan Inggeris menyatakan bahawa pintu itu tidak berfungsi, lapor laman berita Sanook.

Video itu mencetuskan pelbagai komen netizen antaranya ialah : “Jika tren itu penuh sesak dan pintu tidak tertutup, ia boleh menjadi malapetaka.” 

“Mereka memberitahu kami untuk tidak berdiri atau bersandar pada pintu. Apa sahaja boleh berlaku,” kata seorang lagi netizen.

Video TikTok di sini

 

Agensi