Pinnacle Kart anjur perlumbaan gokart 6 jam esok (31 Disember)

oleh Mohamad Hanif|
Pinnacle Kart akan menganjurkan satu perlumbaan gokart pada 31 Disember 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan itu akan berlangsung di Litar Speedway Karting USJ Subang Jaya yang menggunakan format LeMans 24 jam yang popular di Perancis, namun ia dihadkan kepada 6 jam sahaja.

Ia bakal menampilkan 13 kumpulan yang terdiri daripada enam orang pemandu bagi setiap kumpulan.

Antaranya adalah Hustlers Karting FSA Racing Team, Sidewinder Racing,    WRMC, Hot Rocket, Race Rally KL, Broztech, Redpact    Axle Racing, Nuclear Racing Team dan Motorsport Nation.

Setiap pasukan akan menggunakan jentera gokart berjenama Sodi yang menggunakan enjin empat lejang bersesaran 270 cc.

Perlumbaan yang diselia oleh Motorsports Association of Malaysia (MAM) ini akan disiarkan secara langsung di platform Facebook Pinnacle Kart.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
RMCAF akan diadakan di MORAC Adventure Park, Langkawi, di mana lokasi itu pernah digunakan untuk…
Berita Global
Menurut Xiaomi lagi, Ninebot GoKart Pro ini telah menerima input-input berguna daripada Lamborghini…