Pininfarina rancang tiga EV berdasarkan platform Rivian

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada hypercar elektrik PF0, Automobili Pininfarina juga merancang tiga buah SUV elektrik untuk dimasukkan ke dalam barisan penjualan kenderaan mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Autocar, Pininfarina bakal menggunakan platform asas papan seluncur daripada trak pikap Rivian R1T yang pernah kami paparkan sebelum ini. 
 


Berdasarkan maklumat semasa, kesemua produk Rivian menggunakan sistem pacuan elektrik berkuasa 754 bhp dan daya kilas maksimum 1,120 Nm. 

Pininfarina bakal menggunakan asas tersebut dan menambah sistem pengecasan 800v yang lebih pantas dan pek bateri berkapasiti 135 kW yang lebih besar berbanding spesifikasi asal PF0. 
 


Rivian walaubagaimanapun mengenakan syarat supaya produk Pininfarina tidak boleh bersaing secara terus dengan produk sedia ada (R1T dan R1S).

Untuk itu, Pininfarina perlulah menghasilkan produk yang bukan off-road untuk ketiga-tiga produk tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Battista sekarang ini merupakan kereta buatan Itali paling berkuasa dengan nadi elektrik yang…
Berita Global
Jika sebelum ini mereka tampil dengan sebuah model konsep SUV segmen C, kali ini TOGG membawakan…
Berita Global
Pereka yang berasal dari British itu akan mengambil alih tugas Carlo Bonzanigo yang meletakkan…