Pininfarina PF0 dapat nama rasmi - Battista!

oleh Mohamad Hanif|
Hypercar paling berkuasa yang dirancang oleh Pininfarina sudah pun mempunyai nama rasmi yang diambil daripada pengasas lagenda firma rekaan tersebut, iaitu Battista "Pinin" Farina.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bakal dipertunjukkan kepada umum menjelang acara Geneva Motor Show pada Mac 2019 nanti. 

Hypercar yang sebelum ini dikenali dengan kod nama FP0 itu dikatakan mampu memecut sepantas kurang daripada 2 saat dari pegun sebelum mencapai 100 km/j, dengan kelajuan maksimum melebihi 400 km/j

Prestasi tersebut mampu dicapai terima kasih kepada sistem pacuan semua roda dan motor elektrik yang mampu menjana kuasa sekitar 1,904 hp dan daya kilas gergasi 2,300 Nm.

Menurut Pininfarina lagi, Battista mampu mencapai jarak pengoperasian sejauh 500 km untuk sekali cas - kami menganggarkan jarak tersebut mampu dicapai sekiranya anda membawa hypercar ini dengan sopan santun dan bukan dengan kelajuan 400 km/j sepanjang masa.
 


Pininfarina merancang untuk menghasilkan hanya 150 unit sahaja Battista ini dengan harga jualan disasarkan pada julat  £1.5 sehingga  £2 juta (RM8 - RM10 juta) seunit.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Skrin aerodinamik pada bahagian depan boleh dilaras secara elektronik dan dimaklumkan sebagai…
Berita Global
  Dari contoh di atas, masuk akal apabila Automobili Pininfarina mempertontonkan kereta konsep …
Berita Global
Helmet baharu itu direkayasa untuk memenuhi piawaian ketat FIA 8859/Snell SA2020, di mana ia sesuai…