Pininfarina B95, kereta hiper elektrik Barchetta, 10 unit, lebih RM22 juta!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pininfarina B95
Pininfarina B95
Sebelum ini Careta pernah paparkan tentang Pininfarini PURA Vision yang dipanggil Kenderaan Utiliti Mewah elektrik atau e-LUV oleh Pininfarina.

Model konsep itu bukan hadir sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) tetapi dijadikan inspirasi untuk kereta hiper elektrik Barchetta (tanpa bumbung) Pininfarina B95.

Huruf B merujuk kepada Barchetta dan kereta edisi terhad ini akan dikeluar dan diserah kepada pelanggan pada 2025 yang juga ulang tahun ke-95 Pininfarina SpA.

Dari segi rekaan, B95 membawa identiti PURA dan Pininfarina dengan adunan bentuk elegan dan agresif. Ringkasnya, kereta ini memang cantik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pininfarina B95

 

Skrin aerodinamik pada bahagian depan boleh dilaras secara elektronik dan dimaklumkan sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

Skrin polikarbonat itu diilhamkan dari jet pejuang klasik dan boleh ditinggikan atau direndahkan mengikut keperluan pemandu.

B95 yang diperkenalkan ini dibuat dalam warna Bronzo Superga dengan kombinasi Giallo Arneis dan angka 95 warna hitam kilat pada kubah kereta.

 

Pininfarina B95

 

Pininfarina turut menggunakan kemasan karbon hitam terdedah (Black Exposed Signature Carbon) dan menyerlahkan lagi kehalusan pembuatan kereta ini.

Satu yang menarik ialah, warna kereta mempunyai emping emas metalik bagi menaikkan lagi kedalamannya. 

Pada waktu siang, tekstur dan warna nampak seperti emas dan bertukar ala tembaga pada waktu malam.

 

Pininfarina B95

 

Rim yang dipilih jenis ringkas tanpa bilah rumit. Rim aluminium tempa depan saiz 20 inci dan 21 inci di belakang dengan warna hitam kusam dan bingkai aluminium kusam.

Angkup brek dibuat dalam warna Giallo Arneis dan menyamai warna badan kereta.

Ciri klasik menyerlah pada bahagian dalam dengan kerusi balutan kulit perang dan penyandar kepala tekstil corak Pied de Poule Houndstooth (hitam dan putih).

 

Pininfarina B95

 

Papan pemuka dibuat dari gentian karbon dan membawa imej moden dengan skrin digital dan turut dibalut kulit perang.

B95 yang dipaparkan ini hanya contoh dan pelanggan boleh memesan unit mereka mengikut pilihan sendiri.

Nadi B95 sama seperti kereta hiper GT Battista dan telah ditala semula mengikut keunikan kereta ini. 

 

Pininfarina B95

 

Pecutan dari 0 hingga 60 batu sejam (97 km/j) kurang daripada dua saat dengan kelajuan maksimum lebih 300 km/j.

Bateri litium-ion 120 kilowatt-jam (kWj) menghasilkan 1,400 kW (1,900 ps) dan boleh dicas menggunakan pengecas pantas sehingga 270kW.

Penambahan tenaga dari 20 peratus hingga 80 peratus mengambil masa 25 minit sahaja.

 

Pininfarina B95

 

Kuasa yang dihasilkan dihantar melalui empat motor elektrik bebas dan setiap satu memacu roda masing-masing. 

Ada lima mod pemanduan yang boleh dipilih iaitu Calma, Pura, Energica, Furiosa dan Carattere. 

Teknologi Full Torque Vectoring membantu pemandu mengemudi kereta berkuasa ini.

 

Pininfarina B95

 

Selain spesifikasi peribadi, pelanggan juga ditawarkan topi keledar mengikut pilihan mereka sendiri.

Hanya sepuluh unit Pininfarina B95 ditawarkan pada harga bermula daripada 4.4 juta euro (RM22.2 juta).

Untuk sebuah kereta mahal tanpa bumbung, bagaimana dengan hujan? Kereta sebegini biasanya jarang dipandu keluar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Pininfarina B95