Pindah diesel tengah laut: 27,000 liter diesel, kapal tunda dan lori RM1.7 juta dirampas

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggagalkan kegiatan penjualan diesel subsidi di tengah laut dengan menggunakan kapal tunda.

Ia susulan serbuan menerusi Op Tiris 3.0 di dua jeti berbeza berdekatan Sungai Kuang, hasil kerjasama KPDN negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 5 pagi Isnin.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Hasil serbuan, rampasan keseluruhan dianggar bernilai RM1.7 juta dilakukan yang turut membabitkan 27,000 liter diesel subsidi dan juga dua kapal tunda dan dua lori.

Modus operasi dilakukan di tengah laut, diesel kemudiannya dipindahkan ke lori tangki untuk dijual semula kepada pembeli di pasaran gelap.

Semua kapal dan lori berkenaan tidak memiliki sebarang permit atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan untuk berurusan dengan diesel selaku barang kawalan.

Kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel selanjutnya di Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia susulan penahanan dua beradik yang juga pengusaha stesen minyak, pembantu penguat kuasa dan…
Berita Domestik
"Serbuan dilakukan hasil risikan yang telah dilakukan oleh KPDN sebelum operasi dilaksanakan,"…
Berita Domestik
Beliau berkata, pemantauan dan penguatkuasaan sepenuhnya oleh anggota KPDN di stesen-stesen minyak…