Pindaan undang-undang baru diluluskan, APAD bakal kawal selia syarikat p-hailing

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dalam persidangan Dewan Negara semalam, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang membolehkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengawal selia syarikat p-hailing telah diluluskan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara tersebut bagi menyelesaikan isu mengenai manipulasi dan penindasan oleh syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing terhadap penghantar barangan atau makanan menggunakan motosikal

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pindaan itu bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bagi mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan termasuk motosikal dalam perkhidmatan p-hailing.

Datuk Hasbi Habibollah berkata, "Isu-isu dibangkitkan diambil maklum dan merupakan perkara yang menjadi asas kenapa kerajaan mengambil keputusan untuk mengawal selia industri ini. Perkara-perkara terbabit kelak akan dikawal selia APAD".

Menurut beliau juga,  Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 mengandungi enam fasal.

Selain itu, persidangan Dewan Negara semalam turut meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Pindaan tersebut antara lain memperuntukkan kenderaan p-hailing sebagai kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan.

Datuk Hasbi Habibollah berkata kementerian bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka satu draf kurikulum atau silibus pembelajaran bagi penunggang p-hailing mendapatkan lesen vokasional.

"Antara skop utama yang akan dimasukkan ialah memahami perbezaan risiko sebagai penghantar berbanding pengguna biasa dan keperluan untuk lebih berhati-hati di jalan raya,"

"memahami dan meramal bahaya di jalan raya sebagai seorang penghantar serta mengingati konsep asas penunggangan selamat atau ikhtisar-ikhtisar modul asas Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ)."

Menurut Datuk Hasbi Habibollah, kursus tersebut boleh ditawarkan oleh institut memandu dan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing.

Namun ia akan dipantau dan dikawal selia sepenuhnya oleh pihak JPJ dan kadar fi bagi mendapatkan lesen berkenaan hanya akan diputuskan selepas punca kuasa perundangan itu ditetapkan.

 

Sumber: Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi…
Berita Global
Rang udang-undang Senat 1398 baharu itu diluluskan oleh Gabenor Gavin Newsom setelah Department of…