Pindaan RUU Pengangkutan Jalan diluluskan: Hukuman kini lebih tegas!

oleh SALINA JALIL|
Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan secara undian suara di Dewan Rakyat, hari ini.


Antara pindaan diluluskan adalah hukuman sedia ada membabitkan kadar denda, tempoh penjara dan penggantungan lesen memandu.
Modenas

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan kesalahan memandu dalam keadaan mengantuk hingga menyebabkan kemalangan atau kematian pengguna jalan raya lain yang dikategorikan sebagai pemanduan secara melulu atau berbahaya turut diluluskan.

 

Beliau berkata, RUU itu turut meminda kadar alkohol yang kini ditetapkan 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100ml darah atau 67mg alkohol dalam 100ml air kencing.

Katanya, ia turut meluluskan pendefinisian semula kenderaan mikromobiliti, termasuk basikal lajak sebagai kenderaan motor, selain meminda hukuman kepada denda minimum RM1,000 atau maksimum RM5,000 dan penjara tidak melebihi 12 bulan, jika sabit kesalahan.

 

"Melalui kelulusan RUU itu, Seksyen 41 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian akan memperuntukkan hukuman penjara antara lima ke 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun, bagi sabitan pertama.

"Pesalah boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 ke RM100,000 atau hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan berikutnya.

 

"Tempoh hilang kelayakan lesen bagi kesalahan mengikut Seksyen 42 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan dinaikkan kepada minimum lima tahun, manakala 10 tahun bagi sabitan seterusnya," katanya.

 

 

HM

Add new comment