PIKAS - Perlu disegerakan untuk halang industri automotif dari terus tersungkur

oleh HEZERI SAMSURI|
Usaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melaksanakan program Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) rata-rata disambut baik oleh semua syarikat sektor pembuatan yang berada di bawah kementerian tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebanyak 600,000 dos vaksin diperlukan untuk projek PIKAS yang bakal bermula bulan Julai ini.

Sebanyak 600,000 dos lagi diperlukan untuk bulan Ogos dan 700,000 dalam bulan September.

Vaksin yang diberikan itu ditanggung oleh kerajaan dan diberikan percuma, termasuk untuk pekerja warga asing.

Selepas lebih setahun pandemik melanda, program ini bakal memberi sinar kepada banyak industri tetapi perlu diingatkan, setiap hari industri tidak beroperasi, jumlah kerugian akan terus meningkat.

Sekarang ini, kerugian ekonomi yang dialami oleh negara akibat Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dianggarkan RM300 juta sehari (anggaran oleh CGS-CIMB Equities Research).

 

 

 

Semakin lama kita menunggu tarikh pemberian vaksin, semakin banyak kerugian yang ditanggung dan semakin banyak keluarga yang menanggung beban.

Dari beberapa sumber di dalam industri automotif yang saya hubungi sendiri, syarikat-syarikat mereka tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan modal untuk membeli vaksin dari sumber-sumber yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja menjimatkan wang kerajaan, tetapi ia juga boleh dilakukan dengan kadar yang sangat cepat agar sektor pembuatan automotif boleh dibuka dengan lebih segera.

Kekangan tanpa sebab ini juga membingungkan ramai pihak kerana bebanan kos yang terpaksa ditanggung memang mampu meranapkan walau untuk syarikat yang besar pun.

Diharapkan PIKAS ini dipercepatkan dan dibuka untuk banyak lagi sektor-sektor terkesan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "disebabkan hanya sesetengah…