Pikap SsangYong Musso bakal muncul kembali

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pikap SsangYong Actyon satu ketika dahulu pernah menjalar di atas jalan raya kita. Reka bentuk Actyon dengan wajah depan ibarat ikan jerung memang unik dan sempat juga edisi facelifit di jual di sini iaitu sekitar 2012. 

Suatu yang aneh apabila Actyon facelift tidak pernah dilihat di atas jalan raya, carian di mudah.my juga gagal.

Apapun, satu perkara yang menarik tentang Actyon ialah bagaimana Competitive Supreme yang merupakan wakil jualan di sini memposisikannya.

Actyon ditawarkan dengan pakej menarik lebih kepada pikap mewah dan urban berbanding untuk digunakan di ladang-ladang, tapak bina atau lasak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SsangYong Musso

 

Pada masa Toyota Hilux digunakan di ladang dan tapak bina, Actyon didatangkan dengan kerusi kulit dan boleh dilaras secara elektrik. 

Maklumlah, Actyon menggunakan enjin Mercedes-Benz.

Itu sebelas tahun lepas. Sekarang ini pikap SsangYong Actyon datang lagi dan bakal muncul secara rasmi di Pameran CV di United Kingdom (UK) dari 24 hingga 26 April depan, 

Sebenarnya pikap SsangYong Musso (nama di sesetengah pasaran) masih lagi aktif di UK sehingga mempunyai perlumbaan one make series. 

 

SsangYong Musso

 

Jadi tidak hairanlah apabila UK antara pasaran utama SsangYong. 

Musso yang bermaksud badak sumbu dalam bahasa Korea masih mengekalkan imej tahan lasak dan unik di mana ia dibina menggunakan platform sama seperti Rexton baharu.

Di antara kelebihan Musso ialah keupayaan untuk mengangkut barang sehingga satu tan dan mampu menunda treler belakang sehingga 3.5 tan.

 

SsangYong Musso

 

Musso dikuasakan oleh enjin sama sepert Rexton iaitu e-XDi220 dengan kuasa maksimum 181ps pada 4,000 rpm dan tork maksimum 420 Nm dari 1,600 rpm hingga 2,600 rpm (transmisi automatik).

Enjin tersebut boleh dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual atau enam kelajuan Aisin yang memang popular di kalangan pengeluar kenderaan.

Bab interior mewah memang tidak dilupakan. Untuk varian paling premium, Musso didatang dengan kerusi balutan kulit Nappa manakala varian lain dilengkapi sistem multimedia dengan skrin lapan inci, fungsi Apple CarPlay, dan Android Auto. 

 

SsangYong Musso

 

Untuk pasaran tempatan pula, tidak pasti apakah nasib SsangYong selepas wakil pengedarnya tidak lagi beroperasi. Yang tinggal hanyalah model-model lama yang masih gah di atas jalan raya.

Satu perkara menarik tentang pikap Korea Selatan ini ialah walaupun sudah berusia lebih dari 10 tahun, harganya masih lekat. Paling kurang pun RM 26,000 di dalam mudah.my!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…