Pikap Mercedes-Benz E320 untuk dibida - bermula dari RM38k!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum Mercedes-Benz membuat keputusan untuk menawarkan trak pikap ke dalam barisan kenderaan mewah mereka, idea untuk menghasilkan trak pikap ini sudah pun wujud bertahun lamanya menerusi sebuah syarikat yang bergelar Binz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Trak pikap yang anda lihat ini asalnya merupakan sebuah Mercedes-Benz E320 station wagon tahun 2000 (ya tuan-tuan, station wagon!), dan belum pun sempat ia menjalankan tugas sebagai sebuah wagon, ia sudah pun berada di tangan Binz. 

 


Dengan jarak antara roda yang kini lebih panjang, dan proses fabrikasi untuk menghasilkan bed kargo, tingkap belakang asal wagon ini telah dialihkan ke bahagian penumpang belakang. 

Hasilnya, sebuah ciptaan crossover sedan dan trak pikap berjaya menjadi kenyataan!

Enjin asal 3.2 liter bentangan V6 dan transmisi automatik lima kelajuan itu masih dikekalkan tanpa sebarang pengubahsuaian. 
 


Ketika menjalani proses pengubahsuaian, kos yang dianggarkan pada tahun 2000 adalah sekitar $50,000 (tidak termasuk harga kereta baharu) dan berdasarkan resale value yang semakin menurun, tidak menghairankan ia kini dibida bermula pada harga $9,000 sahaja.

Lupakan X-Class, sekiranya anda mempunyai lebihan wang, adakah anda mahu membeli trak pikap E320 ini?
 

Baca: Aznom Atulux - bila kereta dan trak pikap bersatu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…