Pihak berkuasa rampas koleksi 41 kereta milik bekas ketua polis Mexico City

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu serbuan yang dijalankan baru-baru ini, pihak berkuasa berjaya merampas koleksi 41 buah kereta, tiga unit jet ski, sebuah ATV dan sebuah motosikal yang dimiliki oleh bekas ketua polis Mexico City.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Raymundo Collins kini disiasat atas tuduhan penyalahgunaan dana untuk tujuan peribadi.

Awal tahun lalu, Raymundo Collins dituduh menggelapkan sekurang-kurangnya $331,000 semasa bertugas seabgai pengarah Housing Institute Mexico City, sebelum pihak Interpol mengeluarkan notis merah mengarahkan penangkapan individu tersebut.

Bekas ketua polis itu juga disiasat atas kesalahan membeli hartanah di Alvaro Obregon secara tidak sah, dan telah pun didenda dengan nilai berjumlah $15.1 juta atas transaksi yang telah dibuat.

 


Koleksi kenderaan Collins terdiri daripada beberapa model klasik seperti dua generasi Ford Mustang, C3 Corvette, Cadillac Eldorado 1959, Lincoln Cosmopolitan 1951, Ford Model T 1927 dan Land Rover Defender klasik.

Collins mula berkhidmat sebagai ketua polis pada Julai 2018 sebelum berhenti pada Disember 2018.

Sebelum ini, pihak mahkamah Mexico City telah pun mengeluarkan waran tangkap pada 8 September yang lalu, namun Collins dipercayai menyembunyikan diri di Amerika Syarikat.

Disebabkan itu, pihak Pejabat Peguan Mexico telah memohon permintaan ekstradisi dengan Amerika Syarikat untuk memberkas bekas ketua polis Mexico itu.

Sumber: The Daily Mail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…