Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) gantung sementara juruterbang Pakistan

oleh SALINA JALIL|
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung sementara juruterbang bertauliah warga Pakistan yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan tempatan di Malaysia.


Ini susulan kenyataan Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar Khan, Sabtu lalu, bahawa sebilangan besar juruterbang negara itu didakwa memiliki lesen palsu atau meragukan.
Modenas

 

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Chester Voo, dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan itu diambil demi keselamatan penerbangan awam negara selepas melakukan penilaian terhadap semua juruterbang warga asing yang bekerja di Malaysia.

 

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (PCAA) mendedahkan seramai 262 daripada 860 juruterbang aktif di Pakistan tidak menduduki peperiksaan juruterbang dan daripada jumlah itu, 40 peratus juruterbang berkenaan memiliki lesen palsu.

 

Susulan pendedahan itu, katanya, sejumlah negara mengumumkan keputusan menggantung khidmat juruterbang Pakistan dan melarang Pakistan International Airlines (PIA) daripada mengadakan penerbangan masuk dan keluar dari negara mereka.

 

Voo berkata, pihaknya kini melakukan semua usaha untuk mengesahkan ketulenan lesen juruterbang Pakistan, sambil menambah rekod pemegang lesen juruterbang Pakistan akan disemak semula oleh CAAM dengan kerjasama PCAA.

 

"Juruterbang Pakistan yang memegang lesen yang diiktiraf dan disahkan oleh PCAA boleh kembali bekerja dengan serta-merta," katanya.

 

 

-Syabas CAAM, sememangnya perlu disemak ketulenan lesen terhadap juruterbang dari Pakistan ini kerana ia membabitkan nyawa setiap penumpang dan kabin krew yang bertugas mencari rezeki halal-

 

 

– BERNAMA

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Jumaat lalu, Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulan Sarwar Khan meminta 262 orang juruterbang dari…
Berita Global
Minggu lalu Pakistan menggantung 262 juruterbang syarikat penerbangan selepas mengesyaki pemalsuan…
Berita Global
Ghulam Sarwar Khan menyebut, sebanyak 262 orang juruterbang tidak mengambil ujian dan membayar…