Pihak berkuasa China larang pemilik Tesla daripada memasuki lebuh raya

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat beberapa pemilik Tesla mendakwa mereka telah dilarang daripada terus memandu di atas lebuh raya di Guangzhou, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan daripada Electrek, pihak polis telah melakukan sekatan jalan raya dan didapati menghalang kenderaan berjenama Tesla daripada memasuki laluan tersebut.

Dikatakan ia merupakan satu langkah susulan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas kejadian sebuah kereta Tesla yang merempuh pembahagi jalan, sebelum terbakar dan meragut nyawa pada 13 April lalu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi akaun Weibo, Tesla telah pun menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan dengan menyalurkan data pemanduan 30 minit sebelum kemalangan berlaku.

Namun dalam satu perkembangan terbaharu, pihak polis menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh sesetengah pemilik Tesla berhubung larangan tersebut.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…