PieAce - Hiace convertible pertama di dunia dengan oven terbina dalam, 2,019 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini mungkin merupakan model Hiace pertama di dunia yang didatangkan dengan konfigurasi convertible yang dihasilkan oleh Toyota Australia. 

Menurut Ketua Hal Ehwal Awam Toyota Australia, Brodie Bott berkata, "dengan reka bentuk Hiace serba baharu, kami memastikan versi convertible yang baharu diperkenalkan kepada umum kekal selamat tanpa menjejaskan elemen keselamatan yang dilengkapkan."
 


Tambah menarik apabila Hiace convertible ini turut didatangkan dengan ciri oven terbina dalam di bahagian belakang, digelar sebagai PieAce. 

Jadi, sekiranya anda merancang untuk berpiknik di tepi pantai bersama keluarga, ciri oven terbina ini sangat sesuai untuk memanaskan segala lauk pauk yang dibawa ketika sedang memandu. 

Ini dimudahkan lagi dengan ciri kawalan jauh yang boleh ditetapkan pada butang yang terdapat di stereng. 
 


Apabila makanan (seperti pai) sudah siap masak, PieAce akan menghantar isyarat dan pemandu boleh menghentikan kenderaan mereka dengan selamat sebelum memulakan proses bagi pai seterusnya. 

Toyota Australia hanya menawarkan sebanyak 2,019 unit sahaja bagi Hiace convertible ini bersempena 1 April 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, van Hiace generasi terdahulu masih lagi kekal di pasaran seperti Jepun, Asia Tenggara (…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah van Hiace yang diberikan rupa seakan Land Rover Defender.   Jika…
Berita Global
Toyota Australia baru-baru ini memperlihatkan sebuah model prototaip Hiace yang dilengkapi dengan…